Assalammualaikum.. Its 3.53 in the morning and I'm still fresh here.
So, just as usual I'll be updating my blog when i feel like I'm in mood.
Cer usha2 sikit tajuk tu.. Ade gaya nak bagi motivasi ?
Haha.
Okay, on this post I think I'll be using Bahasa Melayu la pulak.
Tajuk post ilmiah gitu. Haha.
Okay, dayana just nak share tentang 1 small things yang kita selalu ambil x kesah.
Last afternnon, dayana tengok Macam Macam Aznil.
So, there was a segment where kids were chit chatting with uncle Aznil.
Then, adalah seorang budak comel ni nama dia Haziq. Ala, dia berlakon sekarang.
Masa rakaman tv show tu dia still an ordinary boy la.
Masa segment tu nak habes, Haziq ni yang memang minat uncle Aznil pun cakap laa,
" Uncle Aznil ni comey, sayang dia *blablabla* "
Then dia pun hug uncle Aznil.
1 ting yang i tertarik,
Uncle Aznil cakap
" Kanak-kanak yang kecil macam ni memang suci. Kita sepatutnya corakkan mereka dengan kasih sayang. Kalau saya jatuh dekat mana-mana suatu hari nanti, saya tak perlu risau kerana saya tahu ade anak-anak yang akan bantu saya. " # lebih kurang la ayat dia #
And he cried ( i cried too ) <------Budak suka menangis memang mcm tu.
Realitinya, memang betul ape yang uncle Aznil cakap tu.
Bukan kanak-kanak je, tapi semua hamba Allah di atas muka bumi ni perlu disemai dengan rasa kasih sayang dan simpati.
Sebab insan yang berhati perut adalah insan yang sangat sangat mulia.
Dengan kasih sayang, ibu membesarkan anak-anak..
Dengan kasih sayang, ayah mencari nafkah keluarga..
Bagi aku orang yang berhati mulia atas muka bumi ni macam dah pupus.
Kurang ajar dengan orang tua macam dah jadi satu trend.
Mama selalu pesan, budak-budak/ remaja-remaja jangan nak terlalu ghairah bila bercakap dengan orang yang lagi tua.
Takut tersinggung.
Cukuplah cakap dengan sopan. Jangan nak seronok seronok sangat.
So dalam entri ni aku just nak share tentang apa yang aku rasa.
Takkan kita nakkan lagi kes macam terjadi dekat China hari tu jadi lagi ?
Minta dijauhkan.
Punya ramai yang nampak budak tu kena langgar, sorang pun x tolong.
Mana humanity ?
Aku bukan sempurna untuk menegur.
Tapi aku sangat sangat pentingkan sifat kemanusiaan.
Sebab memang mama dah ajar aku dari dulu lagi.
Especially bab bab hormat orang tua. Adab sopan ni memang mama hingaq laa. hehe
Jangan sebab kita makin moden pesan orang tua tua nak lupa.
Ok guys ?
Kawan-kawan aku ada yang macam tu, cuma kadang kadang aku malas nak ambik port.
Sebab japgi perang pulak kan.
That's all.
~ Chill ! ~
p/s : Baru aku perasan aku dah buat karangan bm kat post ni. haha
'Aku bukan sempurna untuk menegur'
ReplyDeleteOrang yg menegur tak perlu sempurna, sebab dia menegur sambil dia memperingatkan diri dia.
:)